PAS Johor
Pemimpin PAS Johor Ucap Takziah Atas Kemangkatan Sultan Iskandar PDF Print E-mail
Written by PAS Johor   
Sunday, 24 January 2010 13:31

 Johor, 23 Jan: PAS Johor merakamkan ucapan takziah kepada kepada kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.

 

"Seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat 22 Januari 2010.

 

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Read more...
 
Johor bakal muflis 2012 PDF Print E-mail
Written by PAS Johor   
Wednesday, 30 December 2009 22:01

 

Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.

Bagaimana Johor boleh muflis? Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.

Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor? JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.

Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis? Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!

Read more...
 
MESYUARAT KETIGA (BAJET 2010) DEWAN NEGERI JOHOR PDF Print E-mail
Written by PAS Johor   
Tuesday, 03 November 2009 00:06

Bagunan Dewan Negeri Johor by iqbal86.


Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Ketiga (Bajet 2010) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut: 

Tarikh                  :  19 NOVEMBER 2009,

                              23 NOVEMBER 2009 - 26 NOVEMBER 2009,

                              30 NOVEMBER 2009 -   4 DISEMBER 2009 DAN

                               7 DISEMBER 2009    -   7 DISEMBER 2009 - 8 DISEMBER 2009

                              (selama 12 hari)
Read more...
 
Setiausaha PKR bahagian Ledang meninggal dunia ketika sedang minum teh PDF Print E-mail
Written by PAS Johor   
Tuesday, 03 November 2009 00:05

MUAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Ledang, Jaafar Ahmad meninggal dunia ketika sedang minum teh bersama-sama dengan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng hari ini.

Jaafar, 60, yang baru dilantik menjadi setiausaha bahagian Ledang dua mingggu lalu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang minum bersama-sama Chua dan beberapa orang rakannya yang juga pemimpin PKR di Hotel Traders pada pukul 6.15 petang tadi.

Read more...
 
1,800 pesara tentera berhak dapat pingat dan pencen PDF Print E-mail
Written by PAS Johor   
Tuesday, 03 November 2009 00:00
1,800 pesara tentera yang dikenal pasti berjasa pada negara supaya diberikan anugerah dan elaun yang selayaknya.

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/09/dato-mahfuz-omar-8.jpgCadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pingat Gagah Perkasa (PGP), di Parlimen hari ini.

"Tidak bolehkah 1,800 orang yang dikenal pasti ini dianugerahkan pingat gagah berani dan pingat gagah perkasa disebabkan jasa mereka," tegasnya.

Ujarnya lagi, inisiatif kerajaan memberikan anugerah serta elaun tententu kepada hanya 99 pesara tentera sahaja sebelum ini adalah tidak memadai.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 44